Khamis, 20 Disember 2012

Rakyat tiada pilihan kecuali tolak Umno-BN

  • PDF
http://2.bp.blogspot.com/-kkyUJhX1WeA/UNHaq2x_5pI/AAAAAAAAIqw/sVY4p1UR0E8/s1600/PGU6.jpgDUNGUN - Rakyat diingatkan, mereka tidak mempunyai pilihan melainkan mesti menukarkan Umno dan Barisan Nasional (BN) kepada kerajaan PAS dan Pakatan Rakyat pada pilihan raya akan datang.

Naib Presiden PAS, Dato’ Husam Musa berkata PAS dan Pakatan Rakyat boleh memerintah negara ini dengan lebih baik dan cekap dari Umno-BN.

“Rakyat hanya ada satu pilihan iaitu kita tukar Barisan Nasional dan pilih Pakatan Rakyat. Kita tukar Umno dan pilih PAS.

“Saya cukup yakin PAS parti yang cerah masa depannya atas nama Islam. PAS yakin boleh memerintah negara dengan lebih cekap berbanding Umno,” tegasnn

Beliau berkata demikian pada majlis Ceramah Perdana sempena Himpunan Kebangkitan Rakyat PAS Ganti Umno (PGU) 6.0 di Dataran PGU, Simpang Santong Paka, Dungun pada 15 Disember lalu.

Beliau yang juga Exco Kerajaan Kelantan menjelaskan hasil negeri seperti petroleum dan lain-lain adalah untuk rakyat dan bukan hak milik pemimpin.

Oleh itu, katanya, uruskan hasil negeri itu dengan baik kerana jika telah habis hasil tersebut tidak ada lagi peluang kedua.

“Hasil negeri (Petroleum) ini untuk rakyat dan bukan untuk pemimpin (Umno). Uruskan (hasil) itu dengan baik kerana jika hasilnya telah habis, tidak ada lagi peluang kedua kali.

“Kerajaan Pakatan Rakyat berjanji royalti akan dinaikan kepada 20 peratus jika berjaya ke Putrajaya pada Pilihan Raya Umum ke-13 akan datang, Insya’Allah,” ujarnya di hadapan lebih 30,000 hadirin.

Hadir sama pada majlis tersebut Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu, Ustaz Satiful Bahri Mamat, Yang Dipertua PAS Dungun, Ustaz Wan Hassan Mohd Ramli,Timbalan Pengarag PGU 6.0 Hj Hanafiah Mat dan ramai lagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan