Khamis, 3 Januari 2013

Masyarakat Bukan Islam Bandar Chukai Sukacita

  • PDF
http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita12/Tionghua%20sukacita1.jpg- Menerima Bantuan Banjir Dari Presiden PAS Sendiri
KEMAMAN
- Tinjauan media di sini mendapati, rata-rata masyarakat bukan Islam terdiri daripada kaum Tionghua dan India gembira kerana menerima bantuan banjir daripada tangan Presiden PAS sendiri.

Kedatangan Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang ke daerah Kemaman dalam musim bah yang masih belum surut lagi menjadi perbualan dikalangan masyarakat Tionghua di bandar Chukai.

Seorang warga Tionghua Chukai yang mahu dikenali sebagai Ah Heng berkata, usaha PAS memberikan bantuan amat dihargai.

Meurut Ah Heng, 50, seorang peniaga alat ganti motosikal menyifatkan PAS melakasanakan tanggungjawab kebajikan membantu mangsa banjir yang terjejas, walaupun bukan sebuah kerajaan.

"bagus....bagus......... Tok Guru mar beri bantuan, itu belum jadi kerajaan lagi, kalau jadi kerajaan nanti mesti boleh kasi lebih lagi,"ujarnya spontan.

Beliau berkata demikian ketika ditemui skuad Buletin pada Selasa, 1 Januari, sehari selepas kehadiran Presiden PAS menyampaikan sumbangan kepada mangsa-mangsa banjir di Surau Kampung Jaya Batu 2, dekat Chukai [Gambar Atas].

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita12/saga%20hanafiah.jpgSelain Ah Heng, seorang lagi warga Tionghua yang ditemui mengucapkan tahniah kepada Pengarah Majlis Tindakan DUN Chukai Haji Hanafiah Mat kerana 'mendahului' Barisan Nasional (BN) dalam soal kebajikan.

Peniaga Kedai barangan Elektrik, Ah Cheng, 47, berkata, sehingga kini wakil rakyat 'empat mata' Umno-BN belum kelihatan membantu kaum Tionghua yang dilanda banjir khususnya di Taman Fikri 2.

Sehubungan itu, Haji Hanafiah berkata, banjir yang melanda bandar Chukai pada 25 Disember lalu mencatat 'sejarah hitam' kepada 486 orang penghuni Taman Fikri 2 Jalan Mak Lagam.

Katanya, sejak Taman perumahan itu dibangunkan 20 tahun yang lalu tidak pernah dilanda banjir.

"seingat saya, dan saya dah sahkan dengan penduduk di sini, tidak pernah berlaku banjir 'parok' sejak taman ini dibina, tapi baru ni, air naik sampai 4 kaki, tenggelam rumah-rumah (di sini),

"ini menunjukkan sistem perparitan dan tebatan banjir yang dilaksanakan 'belum kebal' dan kita gesa supaya ia dipertingkatkan,"ujarnya yang ditemui ketika menziarahi Taman perumahan tersebut [Gambar bawah].

1 ulasan:

  1. Hanafiah ,mu ni derma x ikhlas. ptuihhhh

    BalasPadam