Posted on Friday, January 25 @ 14:58:54 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
Oleh Ustaz Saiful Bahri Mamat
SPRM mencadangkan antara senarai nama yang tidak layak dicalonkan dalam PRU 13 kerana tidak lulus dalam saringan dan tapisan SPRM yang bermasalah dengan undang-undang antaranya adalah seorang Menteri Besar, Seorang Ketua Menteri dan dua pemimpin utama parti yang bertaraf Menteri.
Persoalan
kenapa SPRM tidak mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka...
kita semua tahu bahawa kekebalan mereka semasa mereka ditampuk
kekuasaan. Apabila tiada kuasa maka jadilah macam Khir Toyo. Walaupun
fail sudah ada atas meja tetapi demi maruah dan kuasa politik yang ada
dan tidak mahu menjejaskan parti pemerintah maka fail itu dibekukan.
Tetapi
kita sedia maklum bahawa dalam politik umno-BN ini sendiri sudah
masyhur tentang politik dalaman mereka. Perbalahan dan perebutan
kepimpinan dan kuasa sudah merupakan lumrah bahkan ianya tidak terubat
lagi. Masing-masing sebenarnya tidak bersih dan ada salah laku
masing-masing tetapi dahan manakah mereka berpaut? Sekarang ini dahan
Najib maupun Mahathir mungkin akan naik tinggi.
Apatah
lagi tarikh PRU semakin hampir. Bukan hanya ribut untuk merebut kuasa
diperingat Majlis Tertinggi, Pemuda maupun Wanita, Negeri dan Ketua
Bahagian bahkan kini siapakah bakal menjadi pilihan sebagai winnable
candidate? Semua atas tangan Najib. Mana-mana yang tak sebulu...
sekaranglah masanya untuk dicantas awal-awal. Mana-mana yang nak
lekat... besar manakah cable yg sampai ke Najib akan diambil kira.
Mereka terpaksa ikut membuntut punggung Najib & Rosmah sehingga ke
Gaza & Palestine. Ibrahim Ali bukan sekadar menyalak saje bahkan
mencium tangan Rosmah dalam satu majlis rasmi demi kerusi Pasir Mas!!!
Boleh tak boleh itu belum tentu lagi.
Bagi
Terengganu.. sejak Mat Said menunjukkan gedebe beliau merampas kuasa
dari Derih Jusoh ianya amat menconteng arang ke muka Umno-BN. Umno Pusat
terpaksa gigit jari dan terpaksa mengalah dengan kerenah Ahmad Said.
Kejayaan Mat Said bersembunyi dan mengangkat sumpah menyebabkan BPR yang
mencari beliau tidak boleh berbuat apa-apa. Meskipun fail rasuah dan
penyelewengan sudah siap. Tetapi sebagai MB mereka terpaksa menahan diri
dari mengambil tindakan.
Hari
ini kuasa sebagai Pengerusi Perhubungan Umno negeri dan kewangan yang
dipegang oleh Mat Said sendiri menyebabkan seolah-olah Umno Pusat tidak
boleh buat apa-apa. Bahkan boleh digertak dan diugut oleh Mat Said
supaya mengekalkan beliau sebagai calon Kijal diperingkat Dun. Cubaan
untuk mengalihkan beliau sebagai calon Parlimen nampaknya gagal. Bahkan
jika kekal calon Mat said nescaya semua senarai calon-calon yang
bersekongkol dengan beliau khususnya golongan lama dan veteran akan
mendapat tempat. Tetapi jika sekiranya gugur nama Mat said daripada
menjadi calon maka berguguranlah team Mat said dan tentera Idris Jusoh
bakal membarisi calon-calon di Terengganu.
Penulis
sendiri mendapat maklumat dari dalaman dan kepimpinan Umno sendiri
bahawa cara yang terakhir yang akan dilakukan untuk menyekat Mat Said
ini adalah dengan menimbulkan isu rasuah yang membabitkan beliau yang
terbukti SPRM ada kes untuk menghalang beliau dicalonkan. Penulis
sendiri tidak yakin dengan maklumat tersebut tetapi apabila hari ini
pecah berita bahawa ada MB yang tidak lulus saringan SPRM... maka berita
ini ada kebenarannya. Tersenyumlah Team derih nampaknya untuk membalas
dendam terhadap Mat Said yang merupakan perancang strategi Umno Pusat.
Sekarang kita bakal melihat bagaimana pula langkah tari dan silat Mat
said pula.
Isu
SPRM yang membelenggu Mat Said antaranya pernah diselongakr TV3 sendiri
dikemuncak kemelut MB Terengganu pada 22 Mac 2008 dengan isu Projek
Roler Coaster di kemaman pada tahun 1995, Projek pembinaan Dewan seri
amar di kemaman pada tahun 2007, Projek mercu tanda Kemaman 2005 dan
Projek menambun tanah Kijal. Itu belum cerita selepas belia memerintah
yang banyak terdedah ketirisan dan kebocoran.
Kita
tahu dalam Umno ni rasuah ibarat Kentut & Tahi aje dengan Umno.
Tetapi inilah masanya. Inilah caranya untuk mencantas karier politik Mat
Said. Apapun bagi penulis... takkan nak biar saje. Menda dalam tangan
takkan nak serah saje. Kan Mat Said ni gedebe Umno-BN. Rasenya tak
semudah itu untuk pereboh Mat Said. Kalau ada nasib sekali lagi jadi MB.
Kalau tak pun boleh rase Ketua Pembangkang tapi tersalah buat... calon
pun dok lekat.
untuk Ketua Menteri Sabah tu... Musa tu macam dah tak aman lagi dah...
Sumber
http://ustsaifulbahri.blogspot.com
untuk Ketua Menteri Sabah tu... Musa tu macam dah tak aman lagi dah...
Sumber
http://ustsaifulbahri.blogspot.com

Tiada ulasan:
Catat Ulasan